Monday, 13 March 2017

Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Adni Suite Homestay Seri Manjung

Wanita ini telah buktikan, minat dan usahanya selama ini tidak sia-sia. Lebih manis Kampung Teluk Penchalang, Seri Manjung kini semakin popular. Jom kita kenali wanita istimewa ini.
Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Hanna
Menjadi Tenaga Pengajar Sepenuh Masa
Seorang yang sangat peramah dan berhati kental. Farhanna Mohd Fauzi atau lebih dikenali dengan panggilan 'Hanna'. Keluarganya berasal dari di Bandar Baru Bangi, Selangor. Beliau meminati sukan berkuda ini sejak kecil lagi. Kata Hanna, beliau sanggup 'curi-curi' belajar di Bukit Kiara atas minat yang terlalu mendalam.
Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Hanna 1
Farhanna Mohd Fauzi
Pada tahun 2015, Hanna sepenuh masa bekerja di Manjung Horse Riding Club. Pengalamannya di sini banyak membantu Hanna dalam penjagaan kuda yang betul dan memahami emosi kuda dengan tepat
Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Hanna 2
Hanna dan Kuda kesayangannya
Semasa sesi temubual dijalankan, Hanna tidak malu untuk berkongsi kenangan manis dan pahit beliau. Kata Hanna : " Kuda adalah pengubat hati dan sangat memahami..sangat setia ". Malah kuda jugalah tempat dia berkongsi masalah dan luahan rasa. 
Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Hanna 3
Antara peminat cilik yang mencuba sendiri pengalaman menunggang kuda
Sambung Hanna lagi :  "Sambil bercerita dia(kuda) akan letakkan kepalanya dibahu kita, ibarat dia (kuda) amat memahami setiap baris kata-kata yang disampaikan. Masa itu hilang segala masalah", kata Hanna.
Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Hanna 4
Peminat yang tegar.
Kelab Kuda Teluk Penchalang ini telah beroperasi sejak 3 tahun yang lalu. Pemilik Kelab Kuda ini adalah Encik Muhammad Kamaruzaman. Hanna sebagai pengurus sepenuh masa di Kelab ini. Aspek keselamatan amat dititik beratkan. Tunjuk ajar dan bantuan diberikan sepanjang sesi menunggang kuda.
Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Hanna 5
Gadis Cilik mengendalikan kuda
Buat masa ini, sebanyak 7 ekor kuda dibawah penjagaan Hanna. Bayaran adalah sangat berpatutan bagi sesi Joyride. Hanya RM10 setiap satu sesi bagi dewasa, dan RM7 bagi kanak-kanak. Wedding Photoshoot antara pakej yang disediakan dan mendapat banyak permintaan terutama musim cuti sekolah (musim orang kahwin). Bayaran RM150 sahaja dan pengantin akan dibawa ke lokasi yang bersesuian dan menarik.
Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Hanna 5
Lokasi : Kampung Teluk Penchalang
Antara pengalaman pahit yang pernah dilalui oleh Hanna sepanjang menceburi bidang ini. Kuda yang biasanya jinak dan manja secara tiba-tiba hilang kawalan 'lost control dan lost balance' sejauh 2 kilometer dan akhirnya beliau jatuh terseret sehingga menyebabkan jari tangannya patah. Namun itu cerita lama yang mengajarnya untuk lebih berhati-hati.
Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Hanna 5
Kanan : Eisya Edlina Azahar
Anaknya kini Eisya Edlina Azahar (9 Tahun) mewarisi minat dalam sukan berkuda dan banyak membantunya.  
Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Hanna 6

Kelab Kuda Teluk Penchalang beroperasi pada pukul 5.00 petang sehingga pukul 6.45 petang. Sesi pagi hanya melibatkan tempahan sahaja. Lokasi berhadapan dengan Maahad Tahfiz di Teluk Penchalang, Seri Manjung, Perak
Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Hanna 7

Apa lagi..Moh kite.. bawa anak-anak dan keluarga merasai pengalaman menunggang kuda disini. Adni Suite Homestay Seri Manjung hanya 200 meter dari Kelab Kuda Teluk Penchalang ini. Amat sesuai untuk bakal pengantin menginap dan bertandang sambil-beriadah. 
Secara Ringkas Di sini :  Adni Suite Homestay terletak di Bandar Seri Manjung, Perak. Lokasi penginapan homestay yang sangat strategik kerana berhampiran dengan kawasan pelancongan yang popular seperti Teluk Batik, Lumut, Teluk Senangin, Marina Island dan Sitiawan. Menyediakan 4 Bilik Tidur (Fully Aircond) & 2 Bilik Air. Mempunyai Ruang Tamu yang luas (Aircond), Dapur Memasak, Laundry (Mesin Basuh Automatic), BBQ Set Available (Tempat BBQ). Homestay Mesra Solat dan Mesra Kanak-Kanak
(Call / Whatapps) kami untuk tempahan dan rundingan. Terima kasih

Aktiviti Berkuda di Kampung Penchalang || Footer
Follow kami di Facebook : Adni Suite Homestay Seri Manjung

0 comments:

Post a Comment