TERMA DAN SYARAT

Deposit RM100.00 sahaja bagi proses tempahan penginapan.

Deposit Kunci  RM20.00 dikenakan semasa proses Check In dan akan dikembalikan semasa proses Check Out.

Untuk mudah difahami lihat contoh pengiraan dibawah :


Contoh Pengiraan
Prosedur Check-In :
  1. Sekiranya memerlukan masa Check-In lebih awal dari masa yang ditetapkan, anda boleh berhubung dengan pengurus homestay. Kebiasaanya pihak kami membenarkan tetamu Check-In lebih awal sekiranya tiada tetamu pada hari sebelumnya atau tetamu yang Check-Out lebih awal dari masa yang sepatutnya pada tarikh tersebut.
  2. Bagi memastikan kelancaran semasa proses Check-In, tetamu dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pengurus homestay perancangan perjalanan dan jangkaan masa untuk sampai di homestay. 
  3. Baki bayaran penginapan dan deposit kunci diselesaikan.
  4. Periksa semua kemudahan yang disediakan.
  5. Beri Feedback atau keperluan lain yang diperlukan. pihak kami akan cuba membantu anda.

Prosedur Semasa Menginap :
  1. Elakkan membuat kebisingan yang melampu sehingga menggangu jiran tetangga.
  2. Gunakan ruang parking kereta dibahagian dalam dan luar rumah dengan bijaksana. ]
  3. DILARANG untuk menjadikan homestay tempat berubat (PERBOMOHAN) atauPERUBATAN ALTENATIF ISLAM
  4. DILARANG membawa masuk MINUMAN KERAS, BERJUDI, KHALWAT dan perkara lain yang melanggar SYARIAT ISLAM.
  5. DILARANG membawa masuk haiwan peliharaan. 
  6. DILARANG merosakkan, MENCURI barangan dan perhiasan homestay. 
  7. Pihak Homestay BERHAK untuk membuat lawatan pada bila-bila masa bagi tujuan keselamatan dan BERHAK membatalkan penginapan tetamu sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
  8. Amat dihargai sekiranya tetamu dapat menjaga kebersihan dan mengikut langkah-langkah Penjimatan Elektrik dan Air seperti mana yang diharapkan.
  9. Bersamalah mengamalkan nilai-nilai murni dan dan menghormati hak sesama manusia.
Prosedur Check-Out
  1. Memastikan tiada barang peribadi yang ditinggalkan terutama barang yang berharga (Jam, Handphone, rantai,cincin,gelang, gigi palsu emas) termasuk barang permainan kanak-kanak.
  2. Pihak Homestay tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barangan yang dibawa oleh tetamu.
  3. Memastikan barangan dan perhiasan homestay tidak dibawa pulang secara sengaja atau tidak sengaja. 
  4. Wang Deposit Kunci akan dikembalikan semasa penyerahan kembali kunci kepada pengurus atau wakil pengurus homestay.
  5. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda kembali 
Peraturan Umum:

  1. Penghuni hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
  2. Tempahan yang melibatkan pasangan bukan mahram adalah dilarang sama sekali.


"Peraturan Bukan Menyekat Kebebasan 
Tetapi Meningkatkan Mutu Kehidupan Yang Lebih Bertamadun"

0 comments:

Post a Comment